Tazkirah Kashoorga - SEENI Podcast [BM]

Majalah Kashoorga bersama pengacara jemputan Ustazah Aisyah Baa’in, saudara Ahmad Ibrahim dan ramai lagi menyelami topik-topik menarik berkaitan Islam. Marilah bersama-sama mengikuti jalan ke syurga. Dibawakan oleh Majalah Kashoorga, jalan Ke Syurga! Tazkirah Kashoorga merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI! YouTube Majalah Kashoorga : https://www.youtube.com/@kashoorga

Listen on:

  • Apple Podcasts
  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Thursday Jul 13, 2023

Banyak hikmah yang tersembunyi di sebalik usaha untuk mendirikan solat Tahajud. Ramai yang ingin melakukannya, namun ada kalanya ia terhalang akibat rasa malas dan mengantuk. Berikut merupakan perkongsian daripada saudara Ahmad Ibrahim untuk beginner yang ingin istiqamah dalam melakukan solat Tahajud.
Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI!
YouTube Majalah Kashoorga: @kashoorga
Pautan Video Asal: Tonton sekarang!

Thursday Jul 13, 2023

Tidur pun ada adabnya. Amalan sunnah yang dilakukan oleh Rasullullah SAW sebelum tidur ini boleh kita pratikkan untuk membantu memberi keselesaan dalam tidur. Subhanallah, sekecil-kecil perkara yang dilakukan oleh Rasullullah SAW pun apabila kita amalkan akan dapat pahala ❤️. InsyaAllah.
Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI!
YouTube Majalah Kashoorga: @kashoorga
Pautan Video Asal: Tonton sekarang!

Thursday Jul 13, 2023

Surah Al Fatihah hanya mempunyai 7 ayat yang ringkas dan mudah untuk dihafal. Tapi hakikatnya, masih ramai antara kita yang salah atau tidak tepat bacaannya. Bahkan, surah Al Fatihah juga merupakan surah penting dan salah satu rukun sembahyang. Kalau tak baca, tak sah solat kita!
لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
Maksudnya: Tiada solat bagi siapa yang tidak membaca al-Fatihah.
Riwayat Al-Bukhari (756)
Marilah kita perbaiki bacaan Surah Al Fatihah ini dari semasa ke semasa dengan berguru dengan mereka yang benar-benar berkaliber dan berkelayakan.
Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI!
YouTube Majalah Kashoorga: @kashoorga
Pautan Video Asal: Tonton sekarang!

Thursday Jul 13, 2023

Tidak dapat dinafikan ada individu yang malu kerana merasakan diri sudah terlalu tua atau usia sudah lanjut untuk mula belajar Al Quran. Malah, malu untuk belajar mengaji dengan tajwid yang betul. Setuju dengan pendapat Ustazah Aisyah Baa'in yang merupakan seorang guru Quran profesional kaedah Azdan, bahawa kita tidak perlu malu dengan manusia untuk menuntut ilmu terutamanya ilmu berkaitan agama yang menjadi panduan dalam hidup kita. Sesungguhnya, Allah telah menjanjikan ganjaran kebaikan buat hambaNya yang berusaha untuk belajar membaca Al-Quran.
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf (Hadis riwayat Tirmizi)
Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI!
YouTube Majalah Kashoorga: @kashoorga
Pautan Video Asal: Tonton sekarang!

Copyright 2023 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125